KALAU KITA MELALUI JALAN YANG SUSAH BARULAH KITA AKAN MENGHARGAI DAN MENEMUI JALAN YANG SENANG
WHAT YOU DO EVERY DAY MATTERS MORE THAN WHAT YOU DO EVERY ONCE IN A WHILE. MISTAKES MAKE YOU HUMAN, FAILURE MAKES YOU STRONGER, TRIALS KEEP YOU PATIENT AND FAITH GIVES YOU HONOUR-Boona Muhammad-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Mula-mula saya ingin ucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang pelajar di universiti Kebangsaan Malaysia.Pada mulanya agak terkejut kerana memang tidak menyangka akan diberi peluang kerana saya merasakan ramai lagi calon yang lebih layak berbanding diri saya ini.Alhamdulilah,saya akan cuba untuk buat yang terbaik kerana tidak semua orang mendapat peluang itu,dan untuk membahagiakan semua orang yang saya sayangi terutama kedua ibubapa saya serta ahli keluarga,guru-guru dan sahabat handai. Nama saya Hasliza binti Mustapa. Nama panggilan cuma panggil Liza. Saya dari fakulti pendidikan iaitu pendidikan khas. Saya ditempatkan di Kolej Pendeta Za`ba. Saya berasal dari Marang,Terengganu. Saya merupakan anak ke-9 daripada 11 orang adik-beradik. Semasa di sekolah rendah saya bersekolah di S.K Batangan seterusnya di S.M.K Seberang Marang. Kemudian saya menyambung Tingkatan 6 di sekolah S.M.K Tengku Lela Segara.