Assalamualaikum semua,
Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya dapat menghadiri kelas komputer pada hari ini. Pada hari ini dua kumpulan telah berjaya melakukan penbentangan. Kumpulan yang membentang pada hari ini adalah kumpulan 7 dan kumpulan 8. Tajuk yang dibentangkan ialah perisian sumber terbuka dan perisian asal dan berlesen. Alhamdulilah kedua-dua kumpulan melaksanakan pembentangan dengan lancar dan mantap. Banyak maklumat-maklumat terbaru yang dapat diperolehi daripada pembentangan mereka. Maklumat ini boleh diaplikasikan dalam kegunaan harian dan sebagai bekalan untuk peperiksaan kelak.
Seterusnya Cik mazalah juga menunjukkan cara-cara membuat tugasan 6 iaitu menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan tugasan 3 bina satu brosur Microsoft publisher. Masukkan bentuk teks, bentuk imej,dan warna.Aplikasikan prinsip CASPER dalam pembinaan brosur anda. Tugasan ini harus dibuat dalam kumpulan. Setiap wakil kumpulan sahaja perlu menghantar tugasan 6 ke dalam I-folio.
Kemudian muatnaik salah satu broucher yang telah siap ke bahagian `discussion’ dalam I-folio `KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN’.Kemudian setiap kumpulan lain perlu menilai kualiti setiap poster yang yang dimuatnaik berdasarkan prinsip CASPER itu. Markah akan diberi oleh para pelajar sendiri mengikut skala yang telah diberikan. Setiap pelajar juga digalakkan memberikan komen yang membina untuk menambahbaikan poster yang dinilai. Komen yang baik akan diberi markah bonus oleh Cik Mazalah. Oleh itu semua pelajar amat digalakkan untuk meberi komen yang membina untuk membolehkan markah tambahan itu membantu seseorang untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek komputer dalam pendidikan ini.