REFLEKSI MINGGU 8 KELAS 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulilah besyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk menghadiri kelas pada minggu ini. Refleksi hari ini agak sama dengan refleksi pada minggu yang lepas kerana sesi pembentangan masih belum habis. Pada minggu ini juga 2 kumpulan telah membentangkan tajuk mereka. Untuk pengetahuan semua pada minggu ini kumpulan saya juga telah dilantik menjadi juri untuk menilai persembahan kumpulan-kumpulan yang membentangkan tugasan 3 mereka pada minggu ini.
Di mana tajuk pembentangan pada minggu ini ialah mengenai kemahiran abad ke-21. Banyak maklumat yang diperolehi hasil daripada pembentangan mereka. Setiap kumpulan memberikan persembahan yang baik dan menepati syarat yang diminta oleh Cik Mazalah. Jika pada minggu lepas persembahan pembentangan tidak menggunakan video untuk pembentangn mereka, tetapi pada minggu kita dapat melihat perubahan yang baik apabila setiap kumpulan yang belum membentangkan pembentangan mengambil teguran dari juri dan memperbaiki dan baikpulih video mereka pula. Teguran dari juri dan Cik Mazalah akan digunakan untuk memantapkan persembahan pembentangan pada minggu seterusnya. Oleh itu, konsep `CASPER’ akan dapat dilengkapkan sedikit demi sedikit kerana semua orang masih dalam proses pembelajaran jadi sebarang kesilapan yang wujud akan dijadikan pengajaran oleh semua orang.
Setelah 2 pembentangan tersebut selesai Cik Mazalah menyuruh setiap kumpulan menunjukkan tujuan kajian, pernyataan masalah, objektif, persoalan dan kaedah pengumpulan data yang telah dibuat dengan tujuan untuk membaiki sebarang kesalahan yang ada. Kumpulan kami menerima agak banyak pembetulan dari Cik Mazalah. Hal ini kerana kumpulan kami masih belum memahami secara keseluruhan tajuk itu. Oleh itu kerja yang dibuat agak tidak teratur dan tidak mengikut kehendak soalan. Kami sempat bertanya kepada Cik Mazalah mengenai maksud soalan tersebut. Setelah diberi penjelasan barulah kami memahami apa yang dimahukan soalan tersebut. Selesai pembetulan tersebut, tugasan seterusnya adalah membuat soal selidik berkaitan tajuk yang kami pilih tersebut.
Kesimpulannya, Alhamdulilah, segala kerja yang diberikan dapat dibuat dengan teratur hasil bantuan Cik Mazalah dan pertolongan daripada rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Tanpa mereka siapalah saya.