Assalamualaikum Dr Fariza dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulilah pada minggu ini saya masih berpeluang untuk menghadiri kelas pada minggu ini. Seperti pada minggu lepas, minggu ini juga adalah minggu pembentangna untuk para pelajar. Dua kumpulan telah siap menjalankan tugasan 3 mereka. Antara tajuk yang telah dibentangkan pada minggu ini ialah kemahiran berfikir dalam ICT dan keselamatan komputer dan internet daripada kumpulan 6
Pada minggu ini, pada pendapat saya kumpulan 6 membentangkan pembentangan dengan baik dan soalan yang sukar daripada para pelajar dapat dijawab. Tambahan pula, banyak maklumat-maklumat baru yang diperolehi daripada pembentangan tersebut antaranya cara untuk meningkatkan keselamatan komputer kita, agen-agen yang boleh merosakkan komputer kita dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 6 diatas penbentangan yang bernas tersebut.
Seterusnya, Cik Mazalah juga menyarankan supaya pergi ke laman komputer dalam pendidikan iaitu GE1155 dan sudah boleh menghantar borang soal selidik ke dalam laman tersebut. Seterusnya para pelajar daripada kumpulan yang lain dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang telah di`poskan' dalam laman tersebut. Dalam kata lain setiap kumpulan diminta untuk menjawab setiap soalan yang dihantar supaya hasil soal selidik dapat dilakukan secepat yang mungkin.
Seterusnya, kumpulan kami dikehendaki untuk membincangkan mengenai instrumen kajian untuk membuat borang soal selidik yang bertajuk `pengaruh fahaman agama kepada kemahiran ICT pelajar IPTA dalam tugasan 4. Ada juga beberapa perkara yang masih tidak difahami berikutan ini merupakan perkara baru kepada kami semua. Kami juga digalakkan untuk melihat cara -cara membuat borang soal selidik melalui borang-borang soal selidik yang telah dipos di laman web GE1155 sebaqai rujukan.