Alhamdulilah pada minggu 12 ini kumpulan 2 telah membuat pembentangan sekali lagi yang bertajuk Penggunaan ICT dalam pendidikan. Kumpulan ini membuktikan yang mereka juga mampu memberikan isi dan pembentangan yang terbaik. Kata Cik Mazalah lagi alhamdulilah pembentangan kamu pada hari ini adalah jauh lebih baik berbanding pada sebelum ini.
Kemudian Cik Mazalah juga turut menceritakan secara lebih spesifik mengenai laporan kajian yang akan dibuat.Pada minggu ini ada juga kumpulan yang telah mula membuat laporan kajian tetapi kumpulan saya tidak bermula lagi. Hal ini kerana kumpulan kami masih tidak berjumpa dengan Cik Mazalah pada minggu lepas. Jadi kami belum faham dengan mendalam apa tugas yang perlu dilakukan. Oleh itu setelah mencetak borang soal selidik tadi kami terus berjumpa dengan Cik Mazalah dan berbincang dengan beliau. Saya rasa jika tidak mendapat tunjuk ajar daripada beliau sudah tentu hasil kerja laporan yang bakal dibuat tidak menjadi dan akan ada banyak kesalahan.
Kemudian beliau juga menerangkan tentang tugasan 7 iaitu membuat video yang berkaitan dengan tajuk tugasan 3 iaitu web 2.0 dalam pendidikan. Video dibina secara berkumpulan dan perlu menggunakan kaedah edit menggunakan movie maker ataupun `pow ton’ dan boleh melihat contoh video yang telah siap dalam mana-mana laman web contohnya youtube. Kemudian Ciki Mazalah sempat juga mengumumkan tentang tarikh penghantaran tugasan 6 pada minggu awal `study week’ kerana atas permintaan ramai. Alhamdulilah Cik Mazalah memang seorang yang sangat memahami kami semua. Sayang Cik Mazalah.