Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk datang ke kelas pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu 13 di mana 70% daripada tugasan telah berjaya disiapkan mengikut tempoh masa yang diberikan. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan telah ditugaskan untuk membuat pendaftaran e-portfolio bagi memudahkan Cik Mazalah membuat tinjauan tentang weebly semua pelajar. Kami semua hanya perlu mengisi borang yang telah disediakan di forum weebly dan dihantar kepada Cik Mazalah.
Kemudian Cik Mazalah juga membuat pemberitahuan untuk tugasan pada minggu lepas, iaitu membuat video, setiap orang perlu meningalkan komen kepada kumpulan yang telah memuatnaik video yang telah siap diedit. Saya dan rakan-rakan diberi tempoh hingga minggu `study week’ untuk menghantar video tersebut iaitu pada tarikh 23 Disember 2014 manakala tarikh akhir memberi komen ialah 26 Disember 2014. Alhamdulilah tidak terhingga kerana sudi memberi masa yang agak panjang untuk menyiapkannya, hal ini kerana banyak tugasan lain yang perlu dilakukan dan jika tempoh masa tidak panjang sudah tentu video akan dibuat secara tergesa-gesa sehingga kurang berkualiti berbanding sepatutnya..
Kemudian Cik Mazalah juga membincangkan topik mengenai tugasan 8 juga. Tugasan 8 ialah tugasan terakhir kami sebagai pelajar komputer dalam pendidikan. Tugasannya ialah saya perlu membuat sistem pemberian markah pelajar menggunakan helaian hamparan elektronik iaitu Microsoft Excel. Cara ini digunnakan adalah untuk memudahkan bakal-bakal guru untuk memasukkan markah setiap pelajar secara lebih sistematik dan efisien. Pada pandangan saya, prosesnya agak rumit kerana melibatkan banyak perkara. Jika saya hanya membuat sekali ini sahaja dan tidak mengulangi lagi sudah pasti saya akan lupa. Langkah demi langkah diajar oleh Cik Mazalah ada juga yang saya tertinggal di belakang. Tetapi setelah itu cepat-cepat saya memanggil Cik Mazalah untuk member penerangan secara lebih terperinci.