REFLEKSI MINGGU 7 KELAS 5
Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesihatan tubuh badan dan kesempatan untuk menghadiri kelas komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini kami memulakan kelas dengan pembentangan dari rakan-rakan yang telah berjaya menyiapkan tugasan 3. Pembentangan adalah mengikut nombor tajuk yang telah diundi sebelum ini. Semasa pembentangan Cik Mazalah telah mengedarkan borang penilaian pembentangan. Beliau menerangkan dahulu apa komponen yang perlu ada pada borang tersebut. Pembentangan ini dibuat berdasarkan `casper concept’. Manakala maklumat yang perlu dimasukkan dalam isi penbentangan perlulah tepat, padat dan ringkas.
Pemilihan penilai adalah di kalangan pelajar itu sendiri. Hal ini kerana, jika penilai merasakan ada sebarang penambahbaikan yang perlu dibuat, mereka boleh kemukakan cadangan tambahan. Pada minggu ini 2 kumpulan telah siap pembentangan dan secara automatik kumpulan yang belum membuat pembentangan seramai 8 kumpulan lagi.
Seterusnya, kami juga diberi tajuk baharu untuk tugasan 4. Dimana kumpulan saya telah memilih tajuk pengaruh fahaman agama kepada kemahiran ICT pelajar IPTA. Tugasan ini adalah berbentuk kertas kerja yang terdiri daripada tujuan kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kaedah pengumpulan data dan sebagainya. Kertas kerja yang sudah siap perlu dihantar kepada Cik Mazalah melalui Facebook atau akaun Gmail
Kesimpulannya, diharap dengan tugasan-tugasan yang diberikan ini mampu melahirkan seorang pelajar yang serba boleh dan tidak hanya tertumpu pada aspek akademi sahaja. Di mana pasaran kerja sekarang sangat memerlukan seseorang yang pandai dan cekap dari segala segi terutamanya dalam kemahiran penggunaan komputer.